iklan

Transportation, Emotional

15 December 2010

#13

Ucaplah terima kasih walaupun kasih tidak pernah diberi. Ucaplah sama-sama walaupun kita tidak mampu memberi kasih. Ucapkanlah kedua-dua dengan senyuman dan keikhlasan, nescaya kita akan lebih mengasihi diri kita dan juga orang lain. (",)

14 December 2010

#12

Menghargai kehidupan yang dikecapi adalah suatu nikmat. Mencari kenikmatan dalam kehidupan hanyalah sia-sia andai kita tidak mensyukuri apa yang kita ada. (",)

13 December 2010

#11

Seandainya, aku memilih untuk terus menikmati subsidi bermakna aku sebenarnya menidakkan bahawa usia aku makin meningkat dan tidak mahu menerima perubahan walaupun beria-ia terpekik terlolong melaungkan reformasi. (",)

12 December 2010

#10

Indahnya hidup penghidap autisme apabila dia hanya berada dalam dunianya sendiri tanpa mempedulikan orang lain yang begitu prihatin akan keadaannya. Namun, malangnya seorang normal jika hanya memikirkan dirinya sendiri tanpa mempedulikan orang lain kerana sesungguhnya itu adalah sifat orang yang bongkak. (",)

11 December 2010

#9

Sekiranya emosi anda terganggu, luahkanlah emosi itu. Namun, jika fikiran anda terganggu... jumpalah pakar psikiatri kerana anda mungkin menghidapi masalah mental. (",)

10 December 2010

#8

Berjalanlah walau selangkah demi selangkah untuk menuju kejayaan... walaupun lambat, kemanisannya pasti nikmat. Janganlah kita berlari untuk mendapatkan nikmat itu, kerana sakitnya amat payah untuk hilang jika secepat itu juga kita tersungkur. (",)

09 December 2010

#7

Setiap kali kita menoleh ke belakang, janganlah kita kutip sisa-sisa dendam... tapi, cubalah untuk mengintai kenangan yang mampu menjadikan kita lebih matang. (",)

08 December 2010

#6

Apabila kita terlalu memikirkan apakah kesalahan kita pada orang, kita akan mula melakukan kesilapan yang paling besar, kerana kita lupa kesalahan kita terhadap diri sendiri. (",)

07 December 2010

#5

Bertenanglah walau apa jua yang berlaku kerana bukan semua orang dapat menikmati ketenangan yang sebenar. (",)

06 December 2010

#4

Semakin kita berlari meninggalkan kenangan, semakin laju kenangan akan memburu kita. Maka, berjalanlah dengan berhati-hati, kerana dibimbangi akan tersungkur untuk kedua kali. (",)

05 December 2010

#3

Mencari identiti sendiri itu lebih mudah jika kita tidak cuba menjadi orang lain. (",)

04 December 2010

#2

Bila terlalu banyak bercakap, kita akan mudah lupa apa yang kita perkatakan. Maka, berdiamlah kerana itu lagi baik daripada kita meluahkan sesuatu yang tidak sepatutnya. (",)

03 December 2010

#1

Seseorang yang suka menunjuk pandai, akhirnya hanya menampakkan kebodohannya. Seseorang yang suka memperbetulkan kesilapan orang lain, biasanya hanya menyerlahkan kesalahannya sendiri. (",)